Monday, July 13, 2009

LAWATAN KE AQUARIA KLCC, KUALA LUMPUR 12.7.2009

KLCC, Kuala Lumpur 12.7.2
Kuala Lumpur 12.07.2009 .Kami telah melawat buat pertama kalinya Aquaria KLCC. Pengalaman yang menyeronokkan.
Kami sekeluarga tiba di K.Lumpur pada 11.7.2009 (Sabtu) jam 5.00 petang, terus menuju di kediaman adik teman di Merdeka Villa, Bandar Baru Ampang melalui lebuhraya baru DUKE. Lebuhraya ini menyenangkan kami sampai di Ampang dengan cepat sekali tanpa melalui Bandaraya Kuala Lumpur dari Jalan Duta.

Pada hari Ahad kami sekeluarga bersarapan di Kedai Makan di Ampang. Selepas bersarapan pagi kami sekeluarga terus menuju ke KLCC melalui Lebuh Raya bertingkat Ampang - K.Lumpur. Dari Rumah adik ke KLCC hanya 15 minit sahaja perjalanan, sungguh cepat sekali dengan adanya lebuh raya bertingkat ini.

Aquarina KLCC di buka jam 11.00 hingga 8.00 malam. Harga tiket ialah Dewasa RM28.00 dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM22.00 sahaja. 2 orang anak saudara teman turut serta kami sekeluarga. Harga keseluruhan 3 dewasa dan 5 kanak-kanak ialah RM194.00 . Memanglah berbaloi dengan apa yang dipamerkan di Aquaria KLCC ini.
Hampir 2 jam kami berjalan-jalan di dalam aquaria, sambil melihat acara memberi makan ikan oleh penyelam aquaria KLCC sambil di tonton berpuluh-puluh pengunjung di ketika itu.

Pukul 2.00 ptg kami keluar dari Aquaria dan menuju ke Institut Jantung Negara, berjumpa dengan ahli TAG-VAC di sana saudara Joe-Muslim yang anaknya Nadia masuk wad. Inilah pertama kali teman memasuki IJN yang menjadi kebanggaan Rakyat Malaysia. Kami sekeluarga mendoakan agar Nadia akan cepat sembuh dan dapat menjalani sebuah kehidupan bersama keluarga tersayang, Amin..............Kami menuju ke Restoran Jejantas Sungai Buluh untuk makan di Restoran KFC. Kami sekeluarga menjamu selera betul-betul di atas lebuh raya Plus.

Selapas itu kami pulang semula ke Ampang dan balik semula ke Ipoh jam 5.30 petang.

2 comments:

Fazrulls said...

Salam,

Memang berbaloi kan lawatan ni.. orait.. next trip ???

Kemana pulak destinasi kita??

blacktop said...

terima kasih banyak2 pada allan yg sudi melawat anak joe pada ari tu...thanks so much.....