Sunday, September 13, 2009

ALHAMDULLILAH...



HAPPY FAMILY..



NADIA BIRTHDAY 07/09/09




BANYAKNYER DPT HADIAH.....



pada 12/7/09 adalah hari kemasukan nadia ke institut jantung negara.setelah berberapa hari duduk di wad melor untuk di periksa keadaan nadia....pada tanggal 21/7/09 adalah hari yg merisaukan saya dan isteri bila nadia akan menghadapi satu lagi pembedahan besar yg di panggil rastelli operation.pada malam itu jugak saya dan isteri tak bole nak lelapkan mata bila memikirkan apa yg akan terjadi...tapi mcmana pun saya dan isteri turut mengerjakan solat hajat supaya di permudahkan jalan supaya pembedahan ini selamat.tapi alhamdullilah pembedahan ini berjaya setelah nadia menjalani perjalanan yg sukar apabila kritikal selama seminggu di icu...


Dgn berbekalan doa agar nadia terus hidup. sebagai ayah dan mama hati sapa yg tak risau bila keadaan ni terjadi tapi kita hanya tawakal dan terus berdoa agar pembedahan ini berjaya. nadia berada di icu selama 21 hari sebelum di bedah sekali lagi apa bila dengupan jantung nadia tidak konsisten dan ada masalah dengan otot pernafasan...dan sekali lagi nadia menghadapi pendarahan selepas pembedahan ini di lakukan..bila pendarahan berlaku kami begitu risau sekali...pada pukul 2 pagi doc di icu memanggil kami pergi ke icu ..masa itu kami begitu cemas sekali...masa itu jugak doc kata nak buat pembedahan kecemasan kalau pendarahan tak berhenti...tapi alhamdullilah akhirnya pendarahan itu berhenti apabila pakar bedah berjaya memberhentikan pendarahan itu...masa itu jugak kami tidak putus berdoa pada Allah untuk memberi semangat kepada nadia utk hidup..akhirnya Alhamdullilah selamat....setelah 6 hari di icu selps pembedahan yg kedua nadia telah di pindahkan ke wad hdu di melor..setelah seminggu selps pembedahan nadia perlahan2 untuk pulih..alhamdullilah nadia sihat.pada 25/08/09 nadia discaj dari wad melor...THANK YOU ALLAH...


Di sini jugak saya sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada keluarga,sahabat dan teman yg tak putus2 memberi semangat kepada saya sekeluarga dan tidak lupa juga pada Dato Dr Azhari Yakub,Mr Paneer,Dr Chew,Dr Hasri,Dr Adura,Dr haifa,Dr faizah,Dr mazeni,Staff nurse PICU, Staff nurse MICU,Staff nurse MELOR dan seluruh warga kerja institut jantung negara...Well Done











3 comments:

PUTRALAN said...

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana semua telah berjalan dengan lancar walaupun ade kecemasan melanda.
Putralan dan keluarga mengucapkan selamat berbahagian kepada seisi keluarga Joe.

Tahniah juga kepada petugas-petugas Institut Jantung Negara kerana mereka telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Ini membuktikan Penubuhan IJN ini tidak sia-sia, ia telah banyak membantu Rakyat Malaysia menjalani pembedahan jantung di Tanah Air Sendiri.

Fazrulls said...

Salam, ya.. syukur alhamdullilah inilah hadiah hari jadi dan hadiah raya buat keluarga joe... amin...

joe~muslim said...

yer betul inilah hadiah hari jadi nadia yg tak terhingga buat family aku bro.....terima kasih...Thank You Allah...