Friday, September 04, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN




Assalamualaiku
m Warahmatullahi Wabarakatuh, Segaja puji bagi Allah S.W.T selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah. Setelah sekian lama tidak bersiaran di Bulan Ramadhan ini, kini muncul kembali di dalam ruangan Tazkirah Ramadhan di blog Tag-vac ini.

Tazkirah kali ini menyentuh tentang Sifat-sifat Sahabat dan Faedah Yang Di Perolehi Oleh Anak Yang Berbakti Kepada Orang Tuanya.

Antara Sifat-sifat seorang Sahabat ialah :


1. Jika membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas persahabatamu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya ia akan membantumu.


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.


5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, ia akan menghargai @ menyebut
kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupkannya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.


8. Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta ), ia akan menanyakan
kesusahanmu.

9. Jika sesuatu bencana menimpamu dan keluargamu, ia akan menziarahimu dan meringankan kesusahanmu.


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.


11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.


12. Jika engkau berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan itu.

Itulah yang dinamakan sahabat, kawan senang di cari dan ramai plak tu......... tetapi sahabat sukar dicari, hanya segelintir dari kalangan kawan itu.


Marilah kita melihat faedah yang diperolehi oleh anak yang berbakti kepada orang tuanya pula :


1. Memuliakan ibu bapa adalah sesuatu amalan yang amat disukai oleh Allah, menyamai
pahala jihat dijalan Allah.

2. Memuliakan ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.

3. Memuliakan ibu bapa menghasilkan kenikmatan syurga.

4. Memuliakan ibu bapa menambahkan umur ( Umur yang berkat ) dan memberkatkan
rezeki @ harta.

5. Memuliakan ibu bapa memberikan kecerdikan kepada anak-anak akan menyebabkan
mereka akan berbakti kepada kita.

6. Memuliakan ibu bapa menjadi jaminan kepada kita masuk syurga.


7. Memuliakan ibu bapa menghilangkan gundah gulana dan hati duka.


8. Memuliakan ibu bapa menghasilkan keredhaan Allah.


Kepada mereka yang masih ada ibu dan bapa, muliakanlah mereka semasa mereka masih ada lagi di dunia ini. Kepada yang tiada lagi ibu bapa di dunia ini seperti saya ini, berdoa dan bersedekahlah untuk mereka dengan berdoa akan kesejahteraan mereka di sisi Allah.
Sedih bila menjelang Hari Raya nanti , tiada lagi ibu dan bapa. Selamat menyambut hari Nuzul Al-Quran dari lan6669 dan seisi keluarga dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi, Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap.

Jemputlah datang ke rumah di Hari Raya nanti.


IKHLAS DARI :

lan6669

No comments: