Tuesday, December 01, 2009

Konvoi Tag-Vac II - IPOH ke Terengganu - Day 1

Assalamulaikum,


Bertemu kita kembali untuk XPDC konvoi Tag-Vac II, kali ini destinasi yang dipilih ialah Terengganu, Bertemakan Hari Raya Qurban (Haji) peserta konvoi telah sekali lagi bersama-sama menjayakan misi Konvoi ini.


Hari Pertama - 16 Nov 2009 (Khamis)


0730 - Betolak dari Permatang Pauh Menuju ke destinasi pertama iaitu Simpang Pulau, Perak.

Dimana tempat persinggah pertama dan perjumpaan diantara ke-4 ahli Tag-Vac.

01 - Fazrulls

02 - Joe

03 - Lan6669

04 - Srizwan


0830 - Singgah di Bukit Gantang, Perak untuk minum dan berehat sebentar, kebetulan ada sebuah kereta lama yang menghadapi kesukaran. Sedikit sebanyak bantuan dihulurkan. Setelah semuanya selesesai, meneruskan perjalanan semula.


0945 - Sampai ke destinasi pertama di Simpang Pulai, Semua ahli telah sedia untuk bergerak menuju ke Cameron Highland utuk sesi bergambar.

1035 - Sampai di persimpangan Cameron Highland, para peserta berkumpul untuk sesi bergambar dan membeli Sayur dan Buah. Setelah selesai konvoi pun bergerak menuju ke destinasi ke-2 iaitu Gua Musang.

1435 - Perjalanan ke Gua Musang amat tenteram dan tidak ada banyak kereta, setibanya di Gua Musang peserta konvoi singgah untuk makan tengahari dan bersolat.

1545 - Perjalanan di teruskan ke Kuala Krai yang mengambil lebih 4 jam disebabkan trafik mula bergerak pelahan kerana dibanjiri oleh ribuan kereta yang sama-sama bergerak untuk ke Kota Baru dan Jertih.

2030 - Konvoi Selamat tiba di Jertih dan berehat untuk menjamu selera. Terima kasih kepada tuan rumah (Kakak Ipar Joe) kerana sudi menjamu kami sekeluarga.

2140 - Saya sekeluarga meneruskan pejalanan ke Setiu, Bandar Permaisuri untuk bermalam di rumah abang dan meninggalkan keluarga Joe & keluaga Lan.






Bersambung.....

Sekian,

Fazrulls.

No comments: