Sunday, January 24, 2010

Minit Mesyuarat TAG-VAC PTT GROUP 23.01.2010



Kehadiran :

1. 01 - Fazrulls
2. 02 - Joe-Muslim
3. 03 - Putralan.
4. 04 - Srizwan
5. 06 - Aimanputra

Tidak Hadir :

1. 05 - Herman


1. Ucapan Pengerusi@ Presiden Tag-Vac PTT Group

Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Tag-vac PTT
Group yang sudi meluangkan masa hadir ke Udara bersiaran di Siaran PTT Maxis.
Pengerusi merasa seronok dapat semua ahli berkumpul di Udara untuk bersiaran di PTT
walaupun ahli-ahli sebuk dengan tugas-tugas harian di tempat kerja dan di rumah.

2 Aktiviti Tag-Vac PTT Group kali ke 3

2.1. 03 - Putralan telah mencadangkan aktiviti kali ke 3 ini dijalankan di Lumut Country
Resort Lumut. Cadangan ini telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh semua ahli.

2.2. Mesyuarat telah sebulat suara memilih 14 hingga 15 hb. Mac 2010 iaitu Hari Ahad dan
Isnin untuk menjalankan aktiviti percutian Tag-Vac PTT Group ini.

2.3. Pengerusi berharap ahli semua dapat menyusun cuti tersebut nanti.

2.4. 02- Joe-Muslim merangkap Timbalan Presiden , berharap aktiviti kali ke 3 ini
di sertai semua ahli Tag-Vac PTT Group ini agar dapat memeriahkan dan
merapatkan silatulrahim di antara satu dengan yang lain.

2.5. 03 - Putralan menyatakan Kos aktiviti ini dianggarkan RM 200 Ringgit Sahaja. Ini
meliputi penginapan RM105.00 dan makan malam berBBQ berjumlah RM 95.00.
Persiapan BBQ diuruskan oleh Pihak Pengurusan Resort, Kita hanya makan sahaja.

2.6. 06 - Aimanputra telah menjemput semua ahli Tag-Vac PTT Group hadir ke Majlis
Perkahwinan Saudaranya di Changkat Tin, Batu Gajah, Perak. Peserta Konvoi akan
bergerak bersama ke Changkat Tin dan seterusnya menuju ke Lumut melalui Kampung
Gajah. Peserta konvoi pasti teruja melalui jalan perkampungan ini.

2.7. Aturcara aktiviti di Resort akan diuruskan oleh 03 - Putralan dan 04- Srizwan.

HAL-HAL LAIN :

Akan keudara dari masa kesemasa.


Mesyuarat ini di tamatkan pada jam 12.00 malam.


Di sediakan oleh : Di sahkan oleh :


03 - Putralan 01 - Fazrulls

24.01.2010 1.00 am



2 comments:

joe~muslim said...

salam....harapan 02 semoga dpt rakan2 bersama2 konvoi kali ini...one for all and all for one..selain bole merapatkan lagi silaturrahim antara keluarga tag vac kita .....syabas pada sec gen 03 yg sudi mengendalikan konvoi kali ini..

Fazrulls said...

Salam,

Nak tanya Tarikh tu bukan sabtu ahad ka? sekarang dah jadi Ahad dan Isnin kan? jadi Isnin tu ada cuti apa tu?

Hmm nanti jap nak check calander balik.. alright apa pun terima kasih kepada semua...

Salam..