Tuesday, September 08, 2009

RESTORAN NASI DAGING HERBA (NDH)

Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-8,

Dah 8 tahun saya berkahwin rupanya heeee..
Dan 8 tahun ni juga di kurniakan 3 cahaya mata...

1. Syawina (7 Tahun)
2. Farhan (4 Tahun)
3. Faiyaz (1 Tahun)

8-9-2001 merupakan berlangsungnya majlis kenduri yang lalu...

Jadi hari ni saya bawa seisi keluarga berbuka puasa di Restoran Nasi Daging Herba yang terletak di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas.

Menu yang di order pada adalah:

1. Set Ramadan (Nasi Daging Herba) + Teh Tarik
2. Nasi Kerot Ayam + Jus Mango
3. Nasi Kerot Daging + Bandung Perdana


Syawina & Farhan sedang menjamu selera (Berbuka)

Faiyaz yang tak reti nak berhenti nak minum ayaq


Farhan & Faiyaz sedang bermain pondok2

Suasana di dalam kedai NDH yang permai

Set menu Ramadan di sajikan khas dibulan puasa

Info NDH

NDH menyediakan:

Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah / Pejabat

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

1. Muhd Khedir b. Muhd Pauzi (012-491 8485)

2. Muhd Ashraf b. Muhd Pauzi (017-4690930)

Di alamat:

No. 6, Persiaran Seksyen 4/8, Bandar Putra Bertam

13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Moto: Lazat dan Berkhasiat

Komen:

Makanan disini Ok cuma pemilik perlu lebih bersedia dalam servis / layanan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

4 comments:

lan6669 said...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 8 buat Saudara Fazrulls dan keluarga semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Wah sedap tu.........

Boleh le teman pergi nanti Restoran kat Bertam tu.

lan6669 said...

Tentang nasi daging ni, teringat kat kakak ipar di Guar Perahu, dia buat perhhhhh, sedapnya.

Seringkali bila Hari Raya, teman dan keluarga akan pergi ke rumahnya untuk makan Nasi Daging.

Hari Raya yang akan menjelang ni pasti akan pergi.

Fazrulls said...

[lan6669]
- Terima kasih abg lan, heee rasa macam baru ja kahwin heeee

- Ooo ada rumah kakak ipar lagi kat area penanti tu yerkkk oklah nanti raya boleh jalan2 ke sana.

So insyallah jumpa raya nanti... orait...

joe~muslim said...

mcm2 nama mknan la ni... bro...heeeeee anyway happy ulang tahun yg ke 8