Day 2:
Hari Raya Haji @ Qurban disambung di Setiu Terengganu, Solat Aidil Adha di Masjid Besar Bandar Permaisuri tepat pada pukul 8.30 pagi.
Selepas kembalinya dari masjid, seperti biasa, menjamu juadah yang disediakan. Seperti berada di Penang kerana Mak dan Ayah serta abang ada bersama. Kecuali Kakak dan adik yang beraya di Selangor.
Selepas tu sesi beraya dan bergambar beramai-ramai anak dan menantu. Kebetulan Keluarga Lan dalam perjalanan ke Sungai Tong, Setiu untuk mencari keluarga angkat mereka yang sudah 18 tahun tidak berhubungan.
Keluarga Lan sempat singgah kerumah abang di Setiu dan beraya-raya bersama-sama keluarga Fazrulls, sebelum sama-sama meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Perancangan hari ini:
1. Melawat Kuala Terengganu, sambil menunaikan sembahyang jumaat di Masjid Negeri
2. Melawat Pantai Batu Buruk sambil menikmati Udara segar dan permandangan laut dan menikmati Juadah di Restoren A&W. Rootbir floot dan Aiskrim.
3. Berziarah ker rumah En. Razak, Bekas pentadbir OUM Sbr. Jaya di Jalan Maran.
4. Singgah di pasaraya Maiden yang terbesar di Pantai Timur & GIANT untuk membeli keperluan.
5. Berziarah kawan lama (Polisas) di Sg. Bari, Setiu. Saudara Asmadi, Bekerja sebagai Pegawai IT di UITM, Dungun, untuk jamuan Nasi minyak Dagging Korban yang dimasak khas untik kami.
Dan
Sebelah malamnya pulak bertolak dari Setiu ke Majlis BBQ Tag-Vac di Kuala Besut. Suasana BBQ di rumah keluarga Joe sungguh meriah, tak tersangka ada ramai sanak saudara dan rakan-rakan dari German juga turut hadir memeriahkan malam BBQ di Kuala Besut. Majlis berjalan lancar dan tepat pukul 11.15, keluarga Fazrul berangkat pulang dari tempat penginapan Keluarga Lan di Pantai Air Tawar.
Day 3:
Hari ini merupakan hari terakhir bagi sesi jelajah Pantai Timur. Hari ini juga Keluarga Fazrul dan Keluarga Lan akan berangkat pulang dan akan melalui jalan Jeli - Grik. Destinasi perjumpaan di Bukit Bunga, Tanah Merah.
1000 - Betolak dari Setiu ke Kota Baru, Kelantan
1130 - Sampai di Pekan Jertih, singgah sebentar sambil bersiar2
12.35 - Sampai di Kubang Kerian, Kelantan di mana hujan mula membasahi bumi
1305 - Bersiar-siar di sekitar Kota Baru, Kelantan. Jalan agak sesak dimana terdapat ratusan kenderaan mula keluar untuk berjalan-jalan dan beraya.
1425 - Berziarah ke rumah kawan (SMSM-Butterworth) Dr. Farid. kenalan dari tinggkatan 1. Beliu sekarang bertugas sebagai Dr. di hospital USM Kubang Kerian dan sebagai tenaga pengajar di USM Kubang Kerian.
1515 - Bergerak menuju ke Komplek Bebas cukai Rantau Panjang. Jalan menuju ke sini agak sesak dan setibanya sampai di sana hujan dah mula berhenti. Kelihatan orang sangat ramai di Komplek Bebas cukai tersebut. Nak parking pun payah.
1615 - Bergerak menuju ke Machang dan Tanah Merah
1650 - Berziarah ke rumah kawan (Polisas) di Tanah Merah, Saudara Kose. Kenalan sama menuntut di Polisas, Kuantan. Sekarang bekerja di KL, kebetulan beliau juga balik ke Kampung raya kali ini.
1715 - Bergerak semula menuju destinasi seterusnya di Bukit Bungah dimana akan bertemu dengan Keluarga Lan.
1735 - Bertemu dengan Keluarga Lan di persimpangan Macang - Tanah Merah secara kebetulan. Konvoi bergerak bersama-sama menuju ke Bukit Bungah iaitu destinasi terakhir sebelum meninggalkan seribu kenangan manis.
1800 - Sampai di Bukit Bungah, Tanah Merah. Isi minyak dan membeli belah sambil menikmati hidangan petang.
1830 - Konvoi dengan relanya meninggalkan Bukit Bunga menuju ke Jeli sebelum memanjat lebuhraya Pantai Timur bagi ke destinasi seterusnya iaitu Grik.
2130 - Konvoi selamat tiba di Grik dan mengikuti laluan masing-masing. Keluarga Lan berangkat menuju pulang ke Ipoh dan Keluarga Fazrul berangkat pulang menuju ke Baling utuk bermalam.
Mak Fazrul dan SYL Lan di rumah abg
Tudia Abg Lan & Anaknya sedang menjamu juadah raya
Keluarga Fazrul - Syazwina & Farhan
Konvoi Tag-Vac II kali ini sungguh bermakna dan bersesuaian dengan Hari Raya Aidil Adha. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Keluarga Joe dan Keluarga Srizwan kerana sudi memeriahkan suasana. Diharap tahun hadapan akan ada lagi Konvoi III Tag-Vac PTT Group.
Konvoi Tag-Vac II kali ini sungguh bermakna dan bersesuaian dengan Hari Raya Aidil Adha. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Keluarga Joe dan Keluarga Srizwan kerana sudi memeriahkan suasana. Diharap tahun hadapan akan ada lagi Konvoi III Tag-Vac PTT Group.
Bagi pihak Keluarga Fazrul mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat berkonvoi.....
MAAF ZAHIR & BATIN
Sekian,
2 comments:
Terima kasih jua kepada Family 01 Tuan Fazrulls kerana sudi menerima kehadiran family Putralan dan Putrilaila ke Setiu.
[PUTRALAN]
- Hee.. tak jadi masalah, hee.. orait ja.. hee wahh.. Putrilaila tu gembira dapat jalan pi setiu hee..
Post a Comment